Saturday, February 15, 2014

B.A.N.G.K.I.T 2014 - Kuasai Potensi Kekayaan dan Kejayaan








Tidak sabar rasenya nak ke Seminar B.A.N.G.K.I.T 2014 - Kuasai Potensi Kekayaan dan Kejayaan yang diadakan pada hari esok di Berjaya Times Square oleh tok guru dan mentor kejayaan no 1 Asia Dr .Azizan Osman (DAO). Diharapkan dapat menambahkan lagi elmu dan kenalan sambil menyedut aura-aura positif dari rakan-rakan yang bakal menghadiri seminar ini. Bagi sesiapa yang berkesempatan silalah mendaftar di http://www.bangkit2014.com/pendaftaran.html. Berikut adalah butiran mengenai seminar pada hari esok:

Program : Seminar Bangkit 2014-Kuasai Potensi Kekayaan dan Kejayaan
Tarikh : 16 Feb 2014
Waktu : 7.30 pg - 1.00 ptg
Lokasi : Hotel Berjaya Times Square , Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana!!!. Anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat . Inshaallah.

Saturday, February 8, 2014

Secrets of Self-Made Millionaires dan Jejak Mentor Pelaburan Saham


Petang tadi saya berkesempatan untuk singgah di Popular Bookstore AEON Jaya Jusco Seri Kembangan.Memang menjadi kebiasaan bagi saya untuk siggah dan membelek-belek buku-buku terbaru yang hangat di pasaran. Buku -buku seperti Personal Finance , Business , Investment dan Self Improvement sentiasa menjadi top list saya . Setiap bulan saya akan memperuntukkan sedikit bajet untuk membeli buku-buku sebegini untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki diri untuk mencapai cita-cita untuk menjadi smart investor dan financially independent.Inshaallah. Buku terbaru yang dibeli oleh saya ialah Jejak Mentor Pelaburan Saham oleh Mohd Asri Ahmad dan Secrets of Self Made Millionaires by Adam Khoo.
Buku Jejak Mentor Pelaburan Saham ditulis oleh seorang protege Dr. Azizan Osman (DAO) iaitu Hj Mohd Asri Ahmad yang sudah lebih 15 tahun terlibat dalam dunia pelaburan saham. Saya berkesempatan melihat beliau sendiri di atas pentas 'hot seat' ketika menghadiri Seminar Advance Marketing Power 2013 yang dianjurkan oleh guru saya  Dr Azizan Osman di Malaysia International Exhibition and Convention Centre(MIECC) Mines pada 27-29 Dec 2013 yang lalu.
Buku Secrets of Self Made Millionaires pula ditulis oleh Jutawan Singapura iaitu Adam Khoo .Adam Khoo telah berjaya menjadi millionaire pada usia yang muda iaitu pada usia 26 tahun. Satu pencapain yang mengagumkan bagi saya. Secrets of Self Made Millionaires ini merupakan buku  #1 national best seller di Singapore dan telah diulangcetak sebanyak 5 kali. Cetakan yang dibeli oleh saya ialah pada tahun 2012. Saya sebenarnya telah membaca sedikit isi kandungan buku ini di MPH Alamanda Putrajaya pada tahun lalu tetapi baru tahun ini saya ingin memilikinya. Buku ini lengkap dangan strategi-strategi dan tips untuk menjadi jutawan. Nantikan 'review' atau kupasan yang akan diberikan mengenai kedua-dua buku  oleh saya pada entry yang akan datang . Akhir kata selamat membaca buku dan semoga anda kaya dan berjaya.