aizudinborhan
Friday, August 15, 2014
Krisis Kepemimpinan Selangor 2014
Tidak cukup dengan krisis catuan air sebelum ini yang menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk di negeri selangor.kalini krisis kepimpinan selangor menjadi perhatian umum.
Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Di sini merupakan kronologi yang membawa kepada pemecatan lima Anggota EXCO kerajaan negeri Selangor dari DAP & PKR :
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008.
Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.
21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
25 JULAI: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.
5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.
9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.
10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.
11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.
11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.
12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada Pas berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.
Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.
12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.
Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.
13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas dan tiga pegawai ex-officio.
13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos). Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
Saya mengharapkan yang terbaik bagi negeri Selangor. Semoga diperintah oleh seorang Menteri Besar ( MB) yang berkelayakan , adil , telus dan saksama yang mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi.
Semoga ALLAH melindungi rakyat SELANGOR dan MALAYSIA amnya.
Saturday, April 19, 2014
Honda City 2014
Berita kehilangan pesawat MH370, krisis catuan air di Selangor dan yang terbaru kematian Karpal Singh merupakan antara peristiwa dan headline yang menghiasi negara kita dalam masa sebulan dua ni.Walaupun aku tidak berkesempatan mengupdate blog ini tetapi aku sentiasa mengikuti secara dekat perkembangan MH370. Sebenarnya hari ni aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku yang berkesempatan untuk ke Showroom Honda di Serdang Raya semalam untuk melihat dan 'menikmati' model Honda City 2014 terbaru keluaran Honda .Showroom Honda ni dipunyai oleh Global Amity Sdn Bhd .Official launch model ini ialah pada bulan lepas tapi pada hari semalam baru aku berkesempatan untuk melihat secara lebih dekat model ini.Aku x nak bercerita lebih panjang sebab dah banyak review-review yg dibuat blogger lain seperti paultan.org dan yang lain-lain. Cuma harini berkemungkinan besar aku akan lagi sekali ke showroom Honda ni .hehe. Nak tahu kenapa? Mungkinkah aku akan menukar kereta tahun ni ? Hanya next entry akan ku ceritakan . so nantikan update daripada aku. Mari kita layan video Honda City 2014 Commercial Ad ni (versi thai).
Saturday, February 15, 2014
B.A.N.G.K.I.T 2014 - Kuasai Potensi Kekayaan dan Kejayaan
Tidak sabar rasenya nak ke Seminar B.A.N.G.K.I.T 2014 - Kuasai Potensi Kekayaan dan Kejayaan yang diadakan pada hari esok di Berjaya Times Square oleh tok guru dan mentor kejayaan no 1 Asia Dr .Azizan Osman (DAO). Diharapkan dapat menambahkan lagi elmu dan kenalan sambil menyedut aura-aura positif dari rakan-rakan yang bakal menghadiri seminar ini. Bagi sesiapa yang berkesempatan silalah mendaftar di http://www.bangkit2014.com/pendaftaran.html. Berikut adalah butiran mengenai seminar pada hari esok:
Program : Seminar Bangkit 2014-Kuasai Potensi Kekayaan dan Kejayaan
Tarikh : 16 Feb 2014
Waktu : 7.30 pg - 1.00 ptg
Lokasi : Hotel Berjaya Times Square , Kuala Lumpur.
Jumpa anda di sana!!!. Anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat . Inshaallah.
Saturday, February 8, 2014
Secrets of Self-Made Millionaires dan Jejak Mentor Pelaburan Saham
Petang tadi saya berkesempatan untuk singgah di Popular Bookstore AEON Jaya Jusco Seri Kembangan.Memang menjadi kebiasaan bagi saya untuk siggah dan membelek-belek buku-buku terbaru yang hangat di pasaran. Buku -buku seperti Personal Finance , Business , Investment dan Self Improvement sentiasa menjadi top list saya . Setiap bulan saya akan memperuntukkan sedikit bajet untuk membeli buku-buku sebegini untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki diri untuk mencapai cita-cita untuk menjadi smart investor dan financially independent.Inshaallah. Buku terbaru yang dibeli oleh saya ialah Jejak Mentor Pelaburan Saham oleh Mohd Asri Ahmad dan Secrets of Self Made Millionaires by Adam Khoo.
Buku Jejak Mentor Pelaburan Saham ditulis oleh seorang protege Dr. Azizan Osman (DAO) iaitu Hj Mohd Asri Ahmad yang sudah lebih 15 tahun terlibat dalam dunia pelaburan saham. Saya berkesempatan melihat beliau sendiri di atas pentas 'hot seat' ketika menghadiri Seminar Advance Marketing Power 2013 yang dianjurkan oleh guru saya Dr Azizan Osman di Malaysia International Exhibition and Convention Centre(MIECC) Mines pada 27-29 Dec 2013 yang lalu.
Buku Secrets of Self Made Millionaires pula ditulis oleh Jutawan Singapura iaitu Adam Khoo .Adam Khoo telah berjaya menjadi millionaire pada usia yang muda iaitu pada usia 26 tahun. Satu pencapain yang mengagumkan bagi saya. Secrets of Self Made Millionaires ini merupakan buku #1 national best seller di Singapore dan telah diulangcetak sebanyak 5 kali. Cetakan yang dibeli oleh saya ialah pada tahun 2012. Saya sebenarnya telah membaca sedikit isi kandungan buku ini di MPH Alamanda Putrajaya pada tahun lalu tetapi baru tahun ini saya ingin memilikinya. Buku ini lengkap dangan strategi-strategi dan tips untuk menjadi jutawan. Nantikan 'review' atau kupasan yang akan diberikan mengenai kedua-dua buku oleh saya pada entry yang akan datang . Akhir kata selamat membaca buku dan semoga anda kaya dan berjaya.
Sunday, January 19, 2014
Advance Marketing Power 2014
Keletihan yang dirasa tidak setimpal dengan elmu yg dicurahkan oleh mentor & jurulatih kejayaan no1 Asia Dr.Azizan Osman sepanjang AMP 2014. Segala sharing dan nasihat dr alumni jutawan sungguh menusuk kalbu. Terima Ksih DAO . Semoga Aku Kaya & Berjaya di Dunia dan Akhirat
Wednesday, January 8, 2014
Sijil Halal Shaklee
Baru tadi saya mendapat wassap daripada pelanggan yang bertanyakan mengenai status HALAL bagi produk shaklee. Ada yang bertanya Halal ke Shaklee ni? Jangan risau. Disini saya kemukan sijil halal produk SHAKLEE daripada Islamic Services of America (ISA) , sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi dan memantau barang atau produk makanan atau kesihatan di USA , di Malaysia ia merupakan badan seperti JAKIM. Disertakan website address untuk sebagai bahan rujukan. http://www.isaiowa.org/
Sunday, January 5, 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)



